Pelancaran Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Peringkat Labuan

Editor: 0a60a4xx | Diterbitkan pada: 16 January 2013
Kategori: BERITA SGB | Add Comment »



LABUAN — Sebanyak 300 buah motorsikal berbagai jenama dan kuasa telah berhimpun menjayakan Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Labuan baru-baru ini.

Program telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Utama Dr.Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersempena lawatan kerja beliau ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Program yang dilancarkan sekitar 11.30 pagi itu telah di ketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Encik Mohd Raffi Ali Hassan bersama Encik Faisal Talip, Pengerusi Persatuan Motorsikal Labuan merangkap Exco Sukan & Rekreasi Majlis Belia Labuan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu YB Datuk Yussof Hj.Mahal, Ahli Parlimen Labuan, YB Senator Datuk Yunus Hj. Kurus, Ahli Dewan Negara, ketua-ketua jabatan kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarkat dan pemimpin blia yang lain.

Kempen kibar bendera Wilayah Persekutuan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang melibatkan 3 buah Negeri di bawah Wilayah Persekutuan iaitu, Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya. Bagi Labuan, kempen kibar bendera ini akan bermula dari hujung bulan januari ini sehingga pertengahan bulan februari sebelum Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan pada 23 Februari bersempena dengan Majlis Penutupan Hari Wilayah yang akan diadakan di Labuan dan dijangka akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib Abd.Razak, Perdana Menteri.

Sementara itu , hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai, trofi dan sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap pemenang yang terdiri dari 8 kategori melibatkan jabatan kerajaan, swasta, sekolah, IPTA/IPTS, tadika, kampung, persatuan dan pndividu.

Pertandingan Kempen Kibar bendera Jalur Gemilang merupakan salah satu acara yang akan memeriahkan sambutan untuk tahun ini.

Leave a Reply