Terima Kasih Kerana Bersihkan Imej Negara Yang Pernah Tercalar

Oleh: 0a60a4xx | 14 January 2013 KOLUMNIS| Add Comment »



Riuh rendah penyokong pembangkang di dalam blog, Facebook, Twitter dalam mengangkat Himpunan Shamsidar atau dikenali sebagai KL112 semalam dengan pelbagai gelaran. Ada yang mengatakan ia berjaya, ada yang mengatakan ia bukti suara rakyat majoriti tidak kurang  juga ada yang mengatakan ia petanda kekalahan BN dalam pilihanaraya akan datang dan sebagainya.

Ia bagi mengambarkan kononnya ia mendapat sokongan rakyat dan pelbagai angka kehadiran yang di dikatakan. Ada yang mengatakan 80 ribu, 100 ribu, 150 ribu dan tidak kurang juga yang bersikap melampau dengan mengatakan kehadiran semalam mencecah ke angka 200 ribu.

Walaupun ia merupakan suatu yang mustahil dan tidak masuk akal namun ia dilakukan bagi mempengaruhi hati dan jiwa rakyat terutama pengundi atas pagar agar mengubah arah sokongan di dalam pilihanraya akan datang.

Namun kita tidak akan membincangkan mengenai jumlah kehadiran himpunan semalam, kerana ia telah banyak diperkatakan.

Apa yang ingin diperkatakan ialah mengenai laporan media-media antarabangsa yang hadir untuk membuat liputan semalam. Melalui pemerhatian yang dilakukan, media antarabangsa seperti CNN, BCC, Reuters, Al-Jazeera dan sebagainya telah memberikan laporan yang amat berbeza.

Sekiranya sebelum ini, mereka akan melaporkan pelbagai isu yang negatif terhadap kerajaan. Antaranya keganasan pihak polis, pertempuran antara pendemo dan FRU, kegagalan pihak kerajaan dalam memenuhi tuntuan demokrasi dan sebagainya.

Ia seakan-akan untuk menunjukkan kepada dunia, pihak kerajaan selaku pemerintah cuba menidakkan suara dan hak rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Sehingga pada suatu ketika imej negara menjadi buruk di mata masyarakat antarabangsa.

Namun laporan mengenai himpunan semalam amat berlainan, pelbagai pujian di berikan kepada pihak berkuasa dalam memastikan program pembangkang itu berjalan dengan lancar. Ia juga secara tidak langsung telah membersihkan imej kerajaan yang pernah tercalar sebelum ini disebabkan perbuatan pembangkang.

Ia juga membuktikan bahawa demokrasi masih hidup subur di negara ini, sekaligus menolak dakwaan dan tohmahan pembangkang.

Yang lebih menarik ialah, ia secara tidak langsung juga telah membuatkan Anwar Ibrahim kecewa kerana pendekatan dan strategi yang digunakan selama ini tidak berjaya. Umpan yang dilemparkan untuk membuat pihak luar mencemuh Malaysia gagal terlaksana seperti sebelum ini.

Secara keseluruhannya setinggi-tinggi penghargaan perlu diberikan kepada pihak kerajaan dan pihak berkuasa kerana berjaya memastikan tiada sebarang insiden buruk yang berlaku.

Dan tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih kepada pembangkang selaku penganjur kerana telah membantu membersihkan imej negara yang pernah mereka calarkan sebelum ini.

Leave a Reply