Peserta #KL112 Dan Unit Amal Resah Tiada Pasukan FRU

Editor: EDITOR | Diterbitkan pada: 12 January 2013
Kategori: SUARA ANAK MUDA | 1 Comment »



Semasa berada di Himpunan Shamsidar #KL112 ├é┬ásebentar tadi, penulis telah melalui satu laluan yang mana sedang dikawal oleh Unit Amal PAS. Leka mereka berbual tidak pandang kiri kanan, hingga penulis terdengar mereka berkata “FRU takde lah kali ni, tak dapat lah nak beraksi”.

Malah di satu lokasi pula, terdapat sekumpulan anak muda dengan muka yang ditutup dengan kain, dilengkapi dengan topeng gas dan juga berkata yang sama.

Penulis terfikir sejenak, adakah mereka hadir ke himpunan tersebut dengan tujuan mahu wujudkan huru hara atau mahu bersama-sama dengan peserta yang lain untuk berhimpun dengan aman, kerana jika perkara tersebut berlaku sudah semestinya pihak polis perlu bertindak dan modus operandi mereka ini hanya mahu membuat provokasi dan menampakkan polis bertindak dengan kejam terhadap mereka.

Setelah penulis terdengar kata-kata tersebut, sudah jelas kebanyakkan peserta yang hadir sudah bersedia untuk melakukan huru-hara.

Ditambah pula dengan kata-kata ucapan daripada Hishamuddin Rais semasa di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru semalam yang jelas telah menghasut anak-anak muda dan rakyat untuk turun kejalanan.

Ditambah lagi dengan katanya yang merupakan satu pengakuan bagi penulis, katanya cukup gembira kerana telah berjaya menghasut rakyat untuk membenci pada Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapannya juga beliau juga telah menghasut dan menyeru kepada seluruh rakyat bawah sudah tiba masanya untuk turun ke jalan raya. Kini bukan lagi masanya untuk berbincang dan jalan terakhir yang perlu dilakukan hanyalah “beraksi”.

Rasanya episod himpunan pada kali ini sudah cukup untuk dibuktikan niat sebenar mereka ini, dan bukalah mata, telinga seluas-luasnya. Jelas pemimpin-pemimpin pakatan rakyat telah menganjurkan pelbagai siri himpunan dan jelajah ke seluruh negara dengan hanya satu tujuan, untuk menghasut rakyat dan mewujudkan huru-hara dalam negara.

One thought on “Peserta #KL112 Dan Unit Amal Resah Tiada Pasukan FRU

Leave a Reply