KL112 Kebangkitan Rakyat Atau Sejarah Hitam Buat Pembangkang

Oleh: 0a60a4xx | 12 January 2013 KOLUMNIS| Add Comment »



Sekiranya sebelum ini pakatan pembangkang sering menunding jari kepada polis sebagai punca kesesakan jalan raya. Namun melalui pemerhatian yang dilakukan sebentar tadi, ia adalah sebaliknya. Pemerhatian yang dilakukan sekitar jalan menghala ke Dataran Merdeka, Petaling Street, Central Market dan sekitar Stadium Merdeka berlaku kesesakan walaupun tiada sebarang sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komandan Mohmad Salleh ketika mengeluarkan kenyataan sebelum ini juga mengesahkan tiada sebarang sekatan jalan raya yang akan dilakukan untuk program himpunan kali ini. Selain dari itu, beliau juga menegaskan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga tidak akan digunakan bagi mengawal seperti kebiasaannya.

Sekiranya tiada sebarang sekatan jalan raya, apa yang menjadi punca kepada kesesakan pada malam ini. Sedangkan pembangkang sebelum ini mendakwa sekatan polis merupakan punca kepada kesesakan jalan raya seperti kebiasaanya?

Setelah diamati ia berpunca dari para peserta himpunan yang berkumpul di tepi dan bahu jalan raya sambil menjerit dan mengangkat pelbagai poster adalah punca kepada kesesakan pada malam itu. Tujuan mereka adalah untuk menarik perhatian para pemandu yang melalui jalan-jalan tersebut.

Sedangkan menurut perbincangan awal penganjur yang telah dipersetujui bersama pihak polis, perhimpunan hanya akan dilakukan dan bermula pada esok hari. Ternyata mereka gagal mematuhi keputusan yang telah dicapai sebelum ini.

Seterusnya, ketika melalui jalan Petaling Street, penulis dikejutkan pula dengan satu insiden yang berlaku di sekitar kawasan tersebut. Seorang peniaga perempuan Cina sedang menjerit-jerit dan memarahi peserta demo di kawasan tersebut. Dia antara lainya meluahkan ketidakpuasan hatinya, kerana merasakan kehadiran mereka telah menganggu dia mencari rezeki.

Sebelum ini, kita sering didendangkan dengan kata-kata pakatan pembangkang yang mengatakan kehadiran mereka merupakan satu rahmat buat para peniaga. Selain memenuhkan kawasan tersebut mereka juga membawa keuntungan ekonomi kepada golongan peniaga.

Nyata itu semua hanyalah omong kosong bagi menyedapkan telinga rakyat, walaupun pada hakikatnya ia bukan seperti yang dikatakan itu. Penulis berkesempatan berjumpa dengan salah seorang pengunjung di kawasan tersebut yang melahirkan rasanya kesalnya.

Menurut pengunjung tersebut beliau sering menghantar pakaiannya ke kedai dobi di kawasan tersebut. Kebiasaanya pemanduan dari rumah hanya memakan masa 20 minit, namun pada malam tersebut dia terpaksa menempuh perjalanan hampir 2 jam. Ia bukan sahaja membuang masanya, tetapi juga dirasakan menyusahkan rakyat atas pagar seperti dirinya.

Penulis juga sempat berjumpa dengan pengusaha kedai dobi tersebut yang juga melahirkan rasa marahnya. Ini kerana pada malam ini, ramai para pelanggan yang menghubunginya terpaksa membatalkan hasrat untuk menghantar pakaian cucian kerana tersekat dengan kesesakan jalan raya. Menurut penguasaha tersebut ia bukan sahaja merugikan peniagaannya tetapi menyebabkan para pelanggan tetapnya lari.

Seterusnya, isu mengenai kehadiran FRU yang sebelum ini dikatakan sebagai punca kepada sebarang bentuk huru-hara yang berlaku. Rakyat Malaysia mungkin merasakan ia merupakan khabar gembira kerana ia secara tidak langsung dapat mengekang sebarang insiden yang tidak diingini. Namun dari sisi pembangkang ia adalah merupakan  satu berita sedih.

Ini kerana tanpa kehadiran FRU, akan menyebabkan program pada esok hari hambar. Dengan ketiadaan gas pemedih mata, air semburan beracun dan sebagainya akan menyebabkan tiada sebarang pertempuran. Dan sekiranya tiada sebarang pertempuran, sudah pasti program tersebut akan gagal menarik minat media dan pemerhati antarabangsa.

Ini kerana, rasionalnya dunia luar sudah pasti tidak berminat untuk melaporkan pidato yang dibuat oleh Anwar, Lim Kit Siang mahupun Mat Sabu. Apa yang harapkan ialah aksi keganasan polis, kekecohan dan rusuhan seperti sebelumnya. Dengan cara itu sudah pasti tragedy ‘Arab Spring’ dapat diterjemahkan di Malaysia.

Apapun sama-samalah kita saksikan drama dan sandiwara pembangkang pada esok hari. Apakah ianya mampu menepati sasaran untuk mengumpul sejuta rakyat atau hanya  menjadi mimpi ngeri buat mereka seperti yang pernah terjadi ketika himpunan Bersih 2?

Leave a Reply