Undi PAS Juga Masuk Neraka?

    Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini dipetik telah berkata bahawa mengundi parti yang meluluskan lesen judi dan arak (yang UAI maksudkan adalah UMNO) adalah haram dan masuk neraka.

    Jadi disini penulis hanya mahu mempersoalkan pula sebuah parti yang mengaku sebagai pejuang Islam juga telah mengambil tindakan yang sama seperti yang dikatakan oleh UAI itu dengan meluluskan lesen-lesen perjudian dan arak di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka dan tidak ketinggalan juga kelulusan lesen hiburan.

    Hanya kepentingan politik semata-mata, apa sahaja yang keluar dari mulut dia mesti memburukkan UMNO sehingga dia lupa bahawa parti kesayangannya, PAS juga turut terlibat dalam meluluskan lesen-lesen berkenaan.

    Parti PAS sebagai contoh, Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Nik Aziz pernah meluluskan 44 lesen arak dan katanya dia tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualannya kerana Islam tidak menghalang yang bukan Islam untuk meminum arak.

    Kerajaan PAS Kedah pula, pada Jun 2012 telah meluluskan empat lesen hiburan. Belum lagi penulis sebutkan di Selangor pula. Lebih rancak hinggakan lesen rumah urut yang sediakan urutan Body to Body (B2B) turut diluluskan

    Bagi penulis, lesen perjudian, hiburan dan arak ini diwujudkan untuk yang bukan Islam sahaja namun mengapa pula yang beragama Islam turut bersama melayan perkara-perkara seperti ini.

    Jadi mengapa UMNO sahaja yang dituduh sebagai parti yang melahir dan menyuburkan maksiat di muka bumi Malaysia ini hanya kerana kerajaan BN telah meluluskan lesen-lesen berkenaan.

    Yang di negeri Kelantan (disebut negeri serambi mekah) pula kelulusan serupa telah diberikan tetapi tiada langsung suara-suara sumbang dari ustaz-ustaz PAS ini.

    UAI dalam ceramahnya juga telah menyeru agar perkara ini (undi UMNO masuk neraka) disebarkan kepada orang Islam yang lain.

    Penulis juga yakin, dengan kepopularan UAI ini yang mana telah menjadi sebagai rujukan utama orang-orang PAS, sudah semestinya perkara seperti ini akan disebarkan dengan rancak di seluruh pelusuk negara.

    Namum pokok akarnya, UAI telah menegaskan bahawa memberi undi kepada parti yang meluluskan lesen-lesen berkenaan adalah haram dan masuk neraka.

    Jadi adakah mengundi parti PAS ini juga adalah haram dan mengundang ke neraka?

    Artikel disiar pada 02/01/2013 - 6:57 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI