Pelakon & Model Wanita Terkenal Ditahan Simpan Dadah Di Rumah

    Selamat tahun baru semua dan sebagai pembuka tirai tahun 2013, ini kisah tentang seorang selebriti popular yang ditahan pihak polis kerana menyimpan dadah.

    Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang pelakon & model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu telah ditahan bersama teman lelaki di rumah mereka.

    Dalam serbuan polis di kediaman mewah di Damansara Damai, pelakon berusia 26 tahun di’dapati menyimpan dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

    “Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri”

     

    “Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis,” jelas sumber.

    Sumber-Mstar Online

    Artikel disiar pada 01/01/2013 - 4:44 pm oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI