Lampard Ragukan Masa Depan

Oleh: EDITOR | 1 January 2013 SUKAN| Add Comment »



LONDON — Pemain tengah padang itu yang bakal menamatkan kontrak pada musim panas, telah menonjolkan kemampuan diri kepada pasukan Blues dalam kemenangan 2-1 di Everton.

Disoalkan jika beliau tahu apa akan terjadi pada tahun akan datang nanti, Lampard memberitahu Sky Sports 1: “Tidak, saya masih mengharapkan untuk bermain di sini.

“Saya akan selalu berjuang untuk memberikan yang terbaik seperti apa yang dilakukan selama ini.

“Saya tahu bahawa terdapat beberapa spekulasi tetapi saya telah menikmati perlawanan itu.”

Everton berjaya mendahului dengan jaringan gol oleh Steven Piernaar dan telah memberikan beberapa percubaan yang melantun ke tiang gawang.

Lampard mengakui bahawa pasukan lawan telah melalui cabaran untuk menang namun tetap menyatakan bahawa mereka berhak mendapat kemenangan itu.

Beliau menambahkan: “Kami telah berusaha sedaya upaya sepanjang perlawanan walaupun agak terkial-kial pada wal perlawanan. Saya berpendapat bahawa kami telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tuah jadi kami berhak menang kerana itu.

“Saya amat gembira kerana dapat memberikan sumbangan sebegini kepada kelab tetapi persembahan kami sebagai satu pasukan patut menerima lebih kredit.” pengurus Chelsea Rafael Benitez berkata.

Beliau masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang masa depan Lampard.

“Saya amat gembira dengan prestasi pasukan dan juga berterima kasih kepada Frank yang telah menjaringkan gol,” pengurus Sepanyol itu berkata.

“Frank masih di bawah kontrak di kelab dan sedang bermain dengan baik. Tugas saya adalah untuk mengekalkan kecergasan beliau sahaja.”

– ESPNStar

Leave a Reply