Hanya Presiden Dan Setiausaha Kehormat FAM Boleh Keluar Kenyataan

    SHAH ALAM — Hanya Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung desakan gabungan penyokong bola sepak tempatan yang mahu badan induk bola sepak itu dirombak, kata Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

    “Saya tidak boleh memberi sebarang komen berhubung isu tersebut. Hanya orang yang bertauliah yang boleh memberi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2013 di Stadium Shah Alam di sini Isnin.

    Jumaat lepas, satu gerakan gabungan penyokong bola sepak tempatan (PFSLJ) menggesa agar rombakan besar-besaran dilakukan terhadap pengurusan tertinggi FAM yang dikatakan tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lepas.

    Mengenai perlawanan Piala Sumbangsih pada Sabtu ini, Hamidin berkata saingan yang dijangka sengit antara juara Piala Malaysia 2012, Kelantan dan naib juara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bermula pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

    Tiket berharga RM20 bagi penonton berumur 12 tahun ke atas akan mula dijual pada Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 7 malam di stadium tersebut dan pada hari perlawanan dari 9 pagi.

     

    — BERNAMA

    Artikel disiar pada 01/01/2013 - 10:15 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI