Golongan Siswa Perlu Didedah Dengan Program Murni Kerajaan

KANGAR — Golongan siswa perlu didedahkan dengan program murni kerajaan supaya mereka dapat memanfaatkannya untuk menjadi insan yang gemilang, kata Pengarah Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud.

Menurutnya, masih ramai siswa yang tidak menyedari bahawa banyak kemudahan yang mereka nikmati adalah hasil daripada program kerajaan untuk membangunkan golongan pelajar.

Bercakap kepada para pemberita selepas berakhirnya program Gemilang Siswa 2012 Jabatan Penerangan Negeri Perlis di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh dekat sini, beliau bimbang tanpa pendedahan itu, para siswa akan mudah terpengaruh dengan dakyah yang merugikan masa depan mereka.

Katanya, melalui program terancang kerajaan itu juga, para siswa dapat menilai pelbagai usaha murni kerajaan yang bukan sahaja membantu para siswa, malah rakyat negara ini secara keseluruhannya.

Pada program sehari itu, para peserta program turut didedahkan dengan peranan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui ceramah oleh Pengurus Besar Kanan Pejabat Operasi Cawangan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat.

– BERNAMA

Artikel disiar pada 01/01/2013 - 10:01 am oleh EDITOR


    Leave a Reply


HAK CIPTA © 2012-2013 SUARA GENERASI BARU
Emel : suaragenerasibaru@gmail.com
Gunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik