Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat

Oleh: EDITOR | 1 January 2013 HIBURAN| Add Comment »



PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy berkata dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.

Pemilik nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 17, ini berkata, perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut dengan mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.

“Baru-baru ni saya bermimpi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.

“Saya sangat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis.

“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi mengenai hari kiamat,” luahnya kepada mStar Online.

Adik kepada pelakon Elfira Loy ini berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah perkara baru dalam kehidupannya.

“Alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri walaupun ia (bertudung) masih baru.

“Saya juga tiada masalah mengenai soal penampilan kerana kebetulan pula kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,” ceritanya.

Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak gadis yang bertudung sahaja selepas ini.

“Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lakonan pun bukan keutamaan kerana saya masih di bangku sekolah.

“Lagipun, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya akan masuk Tingkatan 5 dan perlu beri tumpuan pada persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kalau ada kerja (tawaran), saya ambil tetapi jika tiada saya fokus pada pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Puteri & Putera Hodoh.

Sumber-Mstar Online

Leave a Reply