Kenapa Orang Kristian Malu Nak Guna Nama Jesus-Christ?

Editor: azean | Diterbitkan pada: 2 January 2013
Kategori: KOLUMNIS | 2 Comments »



PELIK juga penulis dengan kumpulan radikal Kristian di Semenanjung Malaysia ini yang secara tiba-tiba malu nak menggunakan nama Jesus-Christ sebagai ganti nama tuhan mereka, sehinggakan nama Allah SWT. yang eksklusif untuk orang Islam ini juga nak digunakannya.

Konon sebab Kristian di Sarawak dan Sabah sudah lama gunakannya, maka depa di Semenanjung ini pun nak guna jugak.

Walhal di Sabah & Sarawak itu nama Allah sudah diguna bagi menggantikan nama Jesus-Christ sejak beratus tahu dulu kerana negeri itu bersempadan dengan Kalimantan yang juga sebahagian dari Indonesia yang kita tahu bebas menggunakan nama Allah di Gereja penganut Kristian.

Maksud penulis, situasinya berbeza kenapa disana boleh guna, disini tidak boleh.

Lagipun, dari segi Universal pun, nama ganti bagi menggambarkan tuhan orang Kristian ini ada macam-macam, apa pun namanya tapi bukan Allah SWT.  Jadi yang Kristian di Semenanjung ini sibuk-sibuk nak guna nama Allah itu juga kenapa?

Nampak sangat sebab nak ambil peluang dari perpecahan orang Islam sekarang untuk timbulkan keadaan tidak selamat dalam negara.

Justifikasi penulis berkata begitu sebab selama ini (sebelum PRU 2008), perkara ini tidak pernah disentuh sehingga ke magnitud sebegini – dibawa ke Mahkamah dan sebagainya.

Tidak ada sesiapa yang berani, tapi bila puak ini tengok orang Melayu/Islam berpecah, cepat-cepat mereka ambil peluang dengan menjadikan undang-undang sebagai alasan.

Penulis rasa, kerajaan Malaysia perlu merujuk  perkara ini kepada pihak Vatican City bagi mendapat rujukan asas sebenar kenapa nama Allah swt ini berkeras sangat nak digunakan segelintir puak Kristian di negara Malaysia yang majoriti rakyatnya terdiri dari orang Islam, selain Islam juga menjadi agama rasmi.

Perlu juga dimasukkan, sensitiviti rakyat negara ini yang tidak boleh bertoleransi dengan cubaan tidak bertanggungjawab sedemikian ketika mendapatkan rujukan tersebut.

Semoga selepas itu, dengan nasihat dari pihak Vatican, puak-puak radikal Kristian yang didalangi parti politik tertentu ini akan berhenti menjolok sarang tebuan.

Takut-takut tak tahan sengat nanti.

2 thoughts on “Kenapa Orang Kristian Malu Nak Guna Nama Jesus-Christ?

  1. sarang tebuan belum dijolok, baru ditiup ja.. tapi dah goyang?? wahai muslimin, tunjukanlah kekuatan keagamaan anda… jangan kerna hal ini pun… dah takut.. kenapa? serendah itukah iman anda? baru angin …dah bergoyang nak jatuh pun ada…

  2. Mana ada nama Jesus Christ digantikan, skrg pun nama Jesus masih kekal ketika worship hr mggu. Jgn nak pandai2 lah..tuyuk! kalo x tau apa2 juat shut up..ok.

Leave a Reply