Jemputan Sertai Program Sukarela Kem Mingguan Kesihatan Kanak-Kanak

Sekretariat Ikon Belia Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Dewan Pemuda Masjid dan Ikon Belia Dr. Mohammad Nawar Ariffin akan mengadakan Pelancaran Program Sukarela Secara Berkala Kem Mingguan Kesihatan Kanak-Kanak Secara Percuma pada ketetapan berikut:

Tarikh:  4 Januari 2012 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi – 12 tengahari

Tempat : Markas Rukun Tetangga SS5D, Kelana Jaya

Program ini mensasarkan golongan kanak-kanak 12 tahun kebawah  yang mengalami masalah kesihatan dan bakal menghimpunkan sukarelawan-sukarelawan bukan sahaja daripada bidang perubatan seperti doktor dan jururawat, malah juga pelbagai pihak sokongan lain yang juga tidak kurang pentingnya.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan golongan sukarelawan yang benar-benar ikhlas membantu kanak-kanak yang tidak sihat tanpa mengira sebarang batasan dan kekangan. Diharapkan juga, program ini menjadi program ikonik yang menghimpunkan segala jenis sumbangan, dari setiap golongan manusia, tidak terhad kepada sumbangan kewangan sahaja.

Sesiapa sahaja akan dapat menyumbang, dan terasa sumbangannya sampai terus kepada pihak yang menerima (iaitu kanak-kanak yang sakit). Program ini menekankan kepada keikhlasan memberi dan tidak melihat kepada bentuk sumbangan sebagai faktor utama bertepatan dengan motto program ini, ‘Keikhlasanmu menambat hatiku” (Sincerity, it’s all that matter).

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai penyelaras, En. Taqiuddin (019-6484840).

Artikel disiar pada 31/12/2012 - 1:00 pm oleh EDITOR


    Leave a Reply


HAK CIPTA © 2012-2013 SUARA GENERASI BARU
Emel : suaragenerasibaru@gmail.com
Gunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik