Pelapis Kepimpinan Negara Dalam Perlaksanaan Parlimen Belia

Editor: 0a60a4xx | Diterbitkan pada: 2 January 2013
Kategori: BERITA SGB | Add Comment »



Sesi taklimat berkenaan Parlimen Belia

KUALA PILAH – Generasi muda hari ini harus mempersiapkan diri dalam usaha untuk memimpin negara di masa hadapan. Pelbagai aktiviti dan gerakan dilaksanakan oleh kepimpinan negara untuk generasi muda hari ini menambahkan pengetahuan dan latihan dalam kemahiran memimpin.

Salah satu daripada usaha kerajaan itu adalah dengan mengwujudkan Parlimen Belia yang telah dilaksanakan pada tahun lepas untuk percubaan selama beberapa hari.

Ternyata maklumbalas daripada belia yang menyertai percubaan Parlimen Belia tempohari begitu positif dan meyakinkan kerajaan untuk meneruskan usaha ini.

Maka pihak Kementerian Belia dan Sukan telah diberi kepercayaan untuk merealisasikan Program Parlimen Belia ini di seluruh negara untuk mencari bakat kepimpinan belia sekaligus mampu menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Taklimat mengenai perlaksanaan Parlimen Belia telah dijalankan di seluruh negara, dan di peringkat Daerah Kuala Pilah, telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah.

Pemimpin persatuan dan kelab belia di Kuala Pilah telah hadir bersama dengan beberapa jawatankuasa tertinggi untuk mendengar taklimat daripada En Kushairi, Pembantu Pegawai Belia, Pejabat Belia dan Daerah Kuala Pilah.

Sessi soal jawab yang hangat juga menunjukkan bahawa belia-belia yang hadir begitu bersemangat dan tidak sabar untuk merasai pengalaman baru dalam kepimpinan belia di negara ini.

Menurut Pn Nur Salbi daripada 4B Kawasan Kuala Pilah berkata, usaha ini amat baik dan berharap agar ia mendapat kejayaan di masa hadapan. Harapannya ialah agar Parlimen Belia ini berjalan dengan lancar dan tidak berhenti di separuh jalan sahaja.

Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin belia ini juga tidak melepaskan peluang untuk bertukar pandangan dan cadangan program-program belia yang akan dijalankan pada masa hadapan antara persatuan belia dan pejabat belia.

Majlis berakhir dengan jamuan makan dan misi untuk menyampaikan apa input yang telah diperolehi kepada ahli-ahli persatuan belia masing-masing.

Leave a Reply