Lampard Rampas Kemenangan

Editor: EDITOR | Diterbitkan pada: 31 December 2012
Kategori: SUKAN | Add Comment »



LONDON — Frank Lampard telah diletak dalam kesebelasan utama dalam perlawanan dengan Everton dan pemain antarabangsa England itu menjaringkan dua gol untuk merampas kemenangan setelah Steven Pienaar membuka tirai dengan gol pada minit ke dua.

Kemenangan ini memastikan yang Chelsea bermula tahun 2013 di tempat ketiga di tangga kedudukan, empat mata di belakang Manchester City dengan satu perlawanan dalam tangan.

Ia telah dilaporkan yang Lampard mungkin meninggalkan Stamford Bridge pada akhir musim dan pemain yang berusia 34 itu dibenarkan untuk serta kelab luar negara pada Januari 1.

Lampard kini hanya satu gol kurang dari rekod Kerry Dixon, penjaring gol terbanyak dalam sejarah Chelsea.

Everton telah memulakan perlawanan dengan baik setelah hanya 64 saat.

Phil Jagielka yang bermain di posisi bek kanan sejak beberapa minggu ini akibat kecederaan, telah memberi hantaran cantik kepada Victor Anichebe tetapi tandukannya terkena tiang dan Pienaar dengan segera menyepak bola masuk.

Jaringan gol itu bermakna Everton telah memecahkan rekod jaringan gol mereka dalam satu tahu yaitu 64 gol yang dicatatkan pada tahun 1996.

Tendangan sudut Nikica Jelavic selepas itu terkena tiang dan pasukan tuan rumah itu terus menguasai perlawanan.

Chelsea akhirnya bangkit lewat dalam separuh masa pertama dan pemain midfield mereka Ramires dan Juan Mata mula mempengaruhi perlawanan.

Ramires telah memberi rembatan kencang yang dihalang oleh John Heitinga dan percumaa mata terpesong keluar oleh pemain pertahanan Belanda itu.

Ashley Cole hampir-hampir menyamakan kedudukan dari hantaran Cesar Azpilicueta tetapi percubaannya tersasar.

Lampard menyamakan kedudukan selepas itu dari hantaran Ramires dengan tandukan tepat.

Dengan hanya 18 minit tinggal dalam perlawanan, Everton gagal menangani gerakan Ramires dan walaupun Howard dapat menghalang percubaannya, Lampard sekali lagi berjaya menyepak bola masuk.

– ESPNStar

Leave a Reply