Liverpool Tewaskan QPR

    LONDON — Liverpool telah menguasai perlawanan dari saat pertama dan telah menang dengan senang walaupun pengurus Brendan Rodgers tidak dapat hadir kerana jatuh sakit.

    Penolong pengurus Colin Pascoe dan jurulatih Mike Marsh telah mengambil alih tanggungjawab dalam perlawanan di Loftus Road yang menyaksikan dua gol Luis Suarez dalam 16 minit pertama.

    Daniel Agger menjaringkan gol terakhir pada minit ke 28 dan walaupun QPR meningkatkan permainan dalam separuh masa kedua, Liverpool tidak menghadapi masalah dalam menangani ancaman pasukan tuan rumah.

    Kekalahan itu bermakna QPR di tangga terakhir kedudukan liga dan memerlukan lapan mata untuk naik dari zon penyingkiran.

    Pasukan Harry Redknapp telah memulakan perlawanan dengan bersemangat setelah para penyokong menggesa mereka untuk bangkit dan memberi saingan sengit seperti kali terakhir Liverpool ke Loftus Road.

    QPR telah menang 3-2 dalam pertemuan terakhir pada bulan Mac dan telah meningkatkan permainan untuk terus kekal di liga.

    Penjaga gol QPR Julio Cesar telah diuji seawal minit ketiga apabila Suarez memecut lepas Clint Hill sebelum melepaskan rembatan kencang.

    Suarez membuka tirai tujuh minit kemudian apabila menerima hantaran Jordan Henderson sebelum memecut lepas Hill dan menyepak masuk bola.

    Ia adalah kali ke 14 QPR merupakan pasukan pertama yang telah dibolos.

    Beliau telah memberi hantaran dari sayap kanan tetapi pemain pertahanan Nedum Onuoha gagal menanganinya dan Suarez mengambil kesempatan dengan jaringan gol kedua pada minit ke 16.

    Adel Taarabt dan Djibril Cisse telah mensia-siakan peluang mereka untuk mengurangkan jurang kelebihan gol dalam perlawanan tetapi rentak permainan pasukan Reds semakin meningkat.

    Rembatan Gerrard yang dipesong keluar oleh Cesar telah memberi Liverpool tendangan sudut dan hantaran Gerrard selepas itu kepada Agger ditanduk masuk untuk gol ketiga pasukan pelawat.

    Taarabt telah menguji Jose Reina beberapa minit kemudian tetapi Liverpool terus menyerang.

    Percubaan Jorden Henderson selepas itu tersasar sementara rembatan Gerrard dihalang oleh Armand Traore dan Nelsen.

    Taarabt telah memberi beberapa percubaan dari jarak jauh dalam usaha beliau untuk cuba membangkitkan pasukan tetapi ia hanya mensia-siakan peluang dan para penyokong telah mengejek beliau pada masa rehat.

    Pasukan Hoops bermula babak kedua dengan menggantikan Shaun Derry untuk Cisse dan sekaligus mengubah formasi kepada 3-5-2.

    Perubahan itu telah mengukuhkan pasukan tuan rumah tetapi pasukan Reds masih mampu mencipta peluang untuk berserang.

    Tonggak serangan QPR kelihatan lebih tajam selepas masa rehar dengan beberapa percubaan baik oleh Stephane Mbia serta Jose Enrique tetapu keputusan kekal hingga wisel penamat.

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 31/12/2012 - 9:42 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI