Karnival Nang Antap Belia Berjaya

Editor: 0a60a4xx | Diterbitkan pada: 31 December 2012
Kategori: BERITA SGB | Add Comment »



KUCHING — Karnival Nang Antap Belia yang diadakan di Kampung Haji Baki bermula dari 28-30 Disember2012 telah berakhir dengan jayanya semalam.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Sosial (KPS), PBB Ranting Dan Komuniti 1 Malaysia Kampung Hj. Baki dan Unit SABERKAS Hj. Baki.

Program yang bertemakan Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi merupakan tema yang amatlah sinonim dengan Karnival Nang Antap Belia ini.

Penyertaan belia dan penduduk kampung amatlah memberangsangkan dan patut menjadi contoh kepada penduduk dari kawasan lain juga khususnya. Pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 hari program tersebut berkampung disana.

Juga menarik perhatian pertandingan-pertandingan yang diadakan sejak hari pertama ialah seperti, pertandingan karaoke, persembahan tarian, pertandingan memasak, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan liga street soccer, ratu kebaya Kpg Hj Baki.

Pertandingan Fesyen Kanak-kanak dan turut tidak dilupakan juga penyertaan pameran dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan iaitu dari Polis Diraja Malaysia(PDRM),Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia(PEMADAM), Sukarelawan Belia BN(BNYV), Tabung Amal Gaza dan juga Cats FM yang bertungkus lumus menjayakan karnival ini.

Upacara Perasmian yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Dr Abdul Rahman Junaidi. Manakala upacara penutupan dihadiri oleh YB Yong Khoon Seng Timbalan Menteri Kerja raya dan juga merangkap Ahli Parlimen Stampin.

Turut hadir ialah Mr Wilfred Yap SUPP calon Stampin,En Baslie Sulaiman Pegerusi Komuniti 1 Malaysia Hj Baki,En Awang Mazelan Bin Awang Majid Pegawai Penguasa Pejabat Pembangunan Sosial Bahagian Betong.

Sekitar Karnival Nang Antap Belia :

Leave a Reply