Pasukan Johor Darul Takzim Belum Tunjuk Kemampuan Sebenar – TMJ

    JOHOR BAHARU — Kegagalan pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang menjuarai kejohanan jemputan empat penjuru Piala Tunku Mahkota Johor semalam tidak menggambarkan kemampuan sebenar pasukan itu.

    Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), kejohanan itu lebih merupakan aksi pemanas badan pra-musim bagi menghadapi Liga Super pada musim depan.

    “Ini adalah pra-musim, kami memasukkan beberapa pemain dan menguji formasi baharu. Semalam bukan jawapan. Jawapan lebih memberi gambaran dan ia akan bermula pada 8 Jan 2013 dan sepanjang musim,” katanya Sabtu.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan Johor Darul Takzim dan Johor serta jersi pasukan masing-masing di Plaza Angsana, di sini.

    Dalam perlawanan akhir kejohanan empat penjuru itu semalam, pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi pemain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza, tewas 1-2 kepada pasukan Johor.

    – BERNAMA

    Artikel disiar pada 30/12/2012 - 9:30 am oleh EDITOR

    One Response to “Pasukan Johor Darul Takzim Belum Tunjuk Kemampuan Sebenar – TMJ”

    1. taring belom kasi keluar lagi…

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI