Komuter Beroperasi 24 Jam Sempena Sambutan Tahun Baru

KUALA LUMPUR — Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beroperasi mulai 6 pagi pada 31 Dis sehingga 6 pagi keesokannya sempena sambutan Tahun Baru 2013.

Pengarah Urusan Perkhidmatan Komuter KTMB Mohd Hider Yusoff berkata lanjutan masa itu bertujuan memudahkan perjalanan pulang orang ramai yang meraikan sambutan itu.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, KTMB melanjutkan operasi komuter sehingga 2 pagi. Bagaimanapun, kita dapati masih ada penumpang yang memerlukan perkhidmatan komuter untuk pulang selepas waktu itu,” katanya kepada pemberita sebelum majlis Persandingan Pengantin di Stesen Komuter Sentul di sini.

Berikutan lanjutan masa itu, katanya KTMB menambah 48 tren bagi melancarkan perkhidmatan komuter di laluan Sungai Gadut ke Rawang, Rawang ke Sungai Gadut, Batu Caves ke Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Klang ke Batu Caves.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian bebas tol 1-300-88-5862 atau ke stesen KTM Komuter berdekatan.

– BERNAMA

Artikel disiar pada 30/12/2012 - 8:53 am oleh EDITOR


    One Response to “Komuter Beroperasi 24 Jam Sempena Sambutan Tahun Baru”

    1. Nampak menarik ni… Selalunya pukul 11 lebih dah tamat perkhidmatan…. 

    Leave a Reply


HAK CIPTA © 2012-2013 SUARA GENERASI BARU
Emel : suaragenerasibaru@gmail.com
Gunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik