Kalimah Allah : Dah Singh Pulak Masuk Campur

Oleh: azean | 30 December 2012 KOLUMNIS| 1 Comment »



PERTIKAIAN penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible ini nampaknya semakin menjadi parah, sejak dimulakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya kelmarin.

Kali ini Presiden Majlis Gurdwara Malaysia (MGC), Jagir Singh tampil menyokong kenyataan kontroversi Guan Eng itu dan Karpal Singh yang baru-baru ini mendakwa ada 12 perkataan Allah digunakan dalam kitab agama orang Sikh.

Tapi tak pulak dipastikan nama Allah dalam kitab Sikh itu untuk menggambarkan Allah sebagai tuhan mereka atau tidak seperti yang sedang diperjuangkan oleh puak radikal Kristian di negara ini sekarang.

Walaupun Pengarah Biro Islam/Melayu DAP yang baru dilantik, anak cina bernama Zaiiril Khir Johari Bin Abdullah cuba menyelamatkan bossnya dengan berkata kenyataan Guan Eng itu merujuk kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak, perkembangan terbaru ini menunjukkan sebaliknya.

Penggunaan perkataan Allah di Sabah dan Sarawak (terutamanya Sarawak) telah berlaku sejak lebih 200 tahun dulu dan sudah menjadi sebahagian daripada persefahaman penduduk disana.  Berbeza pula dengan Semenanjung ini, Allah sentiasa dirujuk sebagai tuhan orang Islam yang Esa (tunggal), bukan beranak atau beristeri.

Jadi pembelaan Zairil itu dan kenyataan Presiden MGC ini jelas menunjukkan percanggahan yang ketara.  Di kala semua orang faham kenyataan itu merujuk kepada Guan Eng mahu kerajaan persekutuan membenarkan nama Allah digunakan di Gereja di negara ini, hanya Zairil sahaja yang percaya kenyataan itu merujuk kepada penduduk Sabah & Sarawak.

Nampaknya kaum Sikh yang hidup dalam dunia mereka yang tersendiri inipun cuba nak mencari masalah dengan orang Islam, kononnya atas nama perlembagaan dan undang-undang (merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi pada 2009).

Sukacita nak ingatkan kepada para Singh ini, keputusan Mahkamah Tinggi itu belum muktamad dan masih tergantung kerana sehingga hari ini tidak ada berita atau petanda kes itu akan diselesaikan setelah Mahkamah menerima rayuan Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung keputusan tersebut.

Jadi keputusan itu digantung, tak layak dijadikan rujukan pun.

Maka itu penulis melihat MGC juga sudah menjadi alat DAP, hanya kerana Karpal Singh menjadi Pengerusi Parti rasis cina tersebut.  Tak sedar ke yang Karpal itu diperalatkan, jangan orang kata DAP ini parti total rasis cina (walhal memang begitu pun).

Penulis suka nak ingatkan disini, isu ini melangkaui pemahaman masing-masing tentang perlembagaan, bila ada masalah besok, nak cakap banyak pun dah tak guna dah.  Negara ini negara Islam, agama rasmi, agama Islam, majoriti penduduk beragama Islam.

Saja nak diingatkan, kalau ada yang terlupa.

One thought on “Kalimah Allah : Dah Singh Pulak Masuk Campur

  1. wahai penulis…adakah anda mencadangkan bahawa perkataan allah dipadamkan dari kitab suci orang-orang sikh? jika ini berlaku di malaysia saya jamin atas nama allah/waheguru/ram masjid2 dan gurdwara2 akan bermandi dan berlumuran darah….dont provoke what you cannot handle dear muslim friend…this is malaysia-BE TOLERANT

Leave a Reply