Hadi Rayu Diberi Peluang Jelas Isu Amanat

    KUALA LUMPUR – Setelah dikecam pelbagai lapisan masyarakat dan tokoh agama, ekoran ‘amanat’ yang dikeluarkan 30 tahun lalu akhirnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil membuat kenyataan setelah mengambil pendekatan berdiam diri.

    Hadi yang ditemui di Marang pagi tadi, meminta jasa baik pihak kerajaan agar memberinya peluang untuk menjelaskan mengenai amanat tersebut. Beliau turut meminta agar, penjelasan mengenai ‘amanat’ tersebut disiarkan secara langsung di RTM selama satu jam. Selain RTM, Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 agar memberikannya peluang yang sama.

    Amanat tersebut merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Hadi di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang antara lainya mengatakan bahawa Umno itu kafir. Ekoran amanat tersebut, ia telah menimbulkan satu polemik bila mana menjadi punca perpecahan yang besar di kalangan umat Islam di negara ini.

    Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara tokoh agama yang menggesa Hadi agar menarik balik amanat tersebut.

    Ekoran desakan tersebut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan satu kenyataan yang meminta agar Hadi terus mempertahankan amanatb tersebut. Nik Aziz sebelum ini meminta Hadi tidak tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak yang meminta agar amanat tersebut di tarik kembali.

    “Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut? tegas Nik Aziz sebelum ini.

    Ekoran kenyataan tersebut, ramai pemerhati politik menyifatkan kenyataan Nik Aziz itu kerana beliau berpegang kepada hujah yang meletakkan kepentingan politik Pas mengatasi segala-galanya.

    Biarlah apa pun ulama kata, biarlah apa juga pandangan mufti dan tidak kisahlah apa pun kesan ke atas umat Islam kerana amanat itu, bagi Nik Aziz semua itu tidak penting. Tambahan pula amanat tersebut dilihat lebih banyak memberikan kesan kepada mereka yang sudah meninggalkan perjuangan Pas.

    Apa yang lebih penting ialah Pas tidak boleh membuka sebarang haluan yang menampakkan parti itu ada masalah. Bagi Nik Abdul Aziz soal apa yang berlaku akibat amanat Hadi adalah isu lapuk dan beliau melihat tidak ada apa salahnya sebuah amanat yang hakikatnya telah memecah belah umat Islam selama 31 tahun itu.

    Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, ahli parlimen Marang itu ketika diminta mengulas lanjut mengenai pendiriannya sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak, dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan. Beliau mengatakan. ini disebabkan kerana dirinya percaya kenyataannya kelak tidak akan disiarkan sepenuhnya sebagaimana diharapkan dan mendakwa ia akan diputar belitkan fakta.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika meberikan reaksi berhubung permohonan Hadi itu berkata pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan.

    “Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981,” katanya.

    “Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman. RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV,” katanya lagi

    Artikel disiar pada 30/12/2012 - 11:43 am oleh 0a60a4xx

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI