Mogok Lapar : Betulkah Anak Muda Sebodoh Itu?

    MOGOK lapar membantah operasi Kilang Lynas di Dataran Merdeka yang bermula semalam menimbulkan satu bentuk persoalan yang penting, adakah di antara generasi muda zaman serba canggih hari ini yang begitu bodoh untuk melakukan perkara yang tidak berakal ini?

    Dalam zaman dimana segalanya semakin meningkat maju, penulis tertanya-tanya, adakah sesiapa yang sanggup berlapar selama 100 jam semata-mata untuk membantah kilang Lynas di Balok, Pahang sedangkan kilang itu telah dibuktikan secara saintifik oleh pakar dalam bidangnya sebagai tidak membahayakan sesiapa?

    Penulis tidak rasa itu kesnya.  Semua ini hanya propaganda berterusan pihak pembangkang yang cuba mencari publisiti murahan dengan memperalatkan orang muda, serendah usia 14 tahun untuk menyertai aktviti yang jelas tidak berfaedah ini.

    Pembangkang cuba mengulangi perkara sama yang dilakukan mereka tahun lepas apabila sekumpulan penyokong pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Occupy Dataran’, berkhemah di Dataran Merdeka sehingga sambutan malam tahun baru.

    Kononnya lautan manusia yang memakai topeng ‘V’ untuk Vandetta akan berkumpul di Dataran Merdeka sebagai menyatakan sokongan terhadap hak mahasiswa yang mahu PTPTN dihapuskan.  Tapi perkara itu tidak berlaku dan setelah keputusan pilihanraya kampus di keluarkan, terbukti majoriti mahasiswa berada di belakang kerajaan BN.

    Mogok lapar ini penulis tidak nampak mempunyai apa-apa signifikasinya dengan bantahan pembinaan kilang Lynas.  Apa yang cuba dibuktikan dengan perkara tersebut?  Kalau tahanan Palestin mengadakan mogok lapar di penjara Israel kerana meminta diberikan hak untuk perbicaraan, itu masuk akal.

    Ini mogok lapar untuk membantah pembinaan kilang yang kononnya menghasilkan kesan radioaktif dan radiasi setara bahan nuklear?  Kalau benar, mana fakta saintifiknya?  Balik-balik yang disebut ialah tentang kilang yang menghasilkan Iron Ore di Bukit Merah yang telah ditutup lama dahulu.

    Walhal kilang itu dan Lynas berbeza sama sekali, malah disahkan selamat oleh pakar dalam dan luar negara, termasuk dari IAEA!!

    Semua ini bukti jelas kenapa isu Lynas yang ditimbulkan pembangkang ini lebih kepada auta daripada fakta. Tapi kalau ada juga anak muda yang sudah matang akal fikiran tapi masih mahu terlibat dalam aktiviti bermotifkan politik kotor seumpama ini, maka penulis rasa amat malang sekali.

    Tidaklah penulis sangka, ditengah-tengah kecanggihan zaman sekarang, masih ada lagi terselit di kalangan anak muda kita yang mindanya terkebelakang, bukan mendahului zaman seperti yang sepatutnya.

    Kalau zaman 60-an atau 70-an dulu mungkinlah.

    Artikel disiar pada 28/12/2012 - 7:00 am oleh azean

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI