Isu Kalimah Allah : Umat Islam Perlu Bersatu Hati

Editor: HUSSIEN HASSAN | Diterbitkan pada: 27 December 2012
Kategori: SUARA ANAK MUDA | Add Comment »



(Gambar hiasan)

Isu kalimah Allah sekali lagi menjadi perdebatan dikalangan masyarakat apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesa agar membenarkan perkataan kalimah Allah digunakan didalam semua kitab Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Isu ini pernah diperdebatkan dan menjadi tajuk panas beberapa akhbar tanahair suatu ketika dulu apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju penggunaan nama Allah oleh pengikut agama Kristian digereja. Apa yang lebih meloyakan, apabila ada dikalangan pimpinan Pas yang menyokong cadangan tersebut dengan mengeluarkan “kata – kata manis” bagi menghalalkan cadangan tersebut.

Adakah ini taktikal Pas bagi menghadapi pilihanraya umum yang bakal berlangsung? Adakah ini cara pmimpinan Pas hari ini untuk menarik undi kelompok kristian dinegara ini?

Penulis amat terkejut dengan cadangan tersebut apatah lagi ianya datang dari pemimpin yang berlatarbelakangkan sebuah parti yang memperjuangkan dasar Islam. Apakah perjuangan Pas hari ini?

Sewajarnya umat Islam dinegara ini bersatu hati dalam menangani isu tersebut. Adakah kerana undi, maruah Islam rela kita perjudikan. Usah kira parti dan fahaman politik, sebagai umat Islam kita mesti menjaga institusi Islam serta keutuhannya agar tiada siapa yang berani memperlekehkannya.

Guan Eng seharusnya faham dengan perkara ini. Ia terlalu sensitif dan tidak wajar dijadikan mainan politik. Setiap penganut agama dinegara ini mesti memahami konsep beragama yang selama ini diamalkan dinegara ini. Bukan demi kepentingan undi, kita tidak menghormati agama lain. Undi biarlah rakyat yang menjadi hakim, jangan demi undi kita mengguris hati dan perasaan penganut agama lain dinegara ini.

Bersatulah wahai umat Islam. Jika kita gagal bersatu, maka senanglah orang diluar sana memperlekehkan agama kita. Pimpinan UMNO, PAS, PKR dan parti – parti yang mempunyai kepimpinan yang beragama Islam dinegara ini harus mengenepikan agenda politik dalam menangani isu ini. Bermuzakarahlah, bersatulah agar Islam tidak dicerca dan “direbus” kelak oleh mereka yang berkepentingan.

Leave a Reply