Antara Negara Islam Dan Negara Berkebajikan

    Hakikatnya pada hari ini kepimpinan Pas seakan lupa dengan perjuangan asal mereka. Putrajaya!! Putrajaya!! Putrajaya!! Itu yang kita lihat dan perhatikan hakikat perjuangan para pemimpin Pas hari ini. Jika dahulu kita lihat slogan “Menegakkan Negara Islam” begitu sinonim dalam semua ceramah para pemimpin Pas. Segalanya dicanang sehingga dimaki hamunnya kepimpinan UMNO kononnya gagal untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

    Tetapi segalanya berakhir dimuktamar Pas pada tahun lepas yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam apabila Presiden Pas Datuk Hj. Hadi Awang menjelaskan bahawa perjuangan Pas kini bertukar kepada mahu menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

    Alasan Hadi Awang adalah kerana didalam Al- Quran tidak tertulis mengenai Negara Islam.

    Berpuluh tahun para pengikut Pas tertipu dengan perjuangan Pas mahu menegakkan negara Islam. Setelah berkawan dengan Anwar Ibrahim, barulah hadi Awang “terperasan” bahawa Negara Islam tiada tertulis didalam Al – Quran. Pelik bin ajaib, seorang yang bergelar “tok guru” gagal untuk “mengaji lebih”, gagal untuk membuat “home work” sebelum berjuang.

    Ramai pengikut pas dan ada yang sudah meninggal dunia tertipu dengan matlamat perjuangan Pas.

    Penulis merasa sangsi dengan perjuangan pas pada hari ini. Negara Islam dibuang ketepi dan hudud kini dijadikan jajaan bagi meraih undi para pengikut serta mereka yang berada diatas pagar.

    Persoalannya disini, masih setiakah para pengikut Pas? Adakah mereka yang berada diatas pagar mahu bersama dengan Pas pada pilihanraya umum (pru) nanti setelah penipuan demi penipuan kepimpinan Pas terbongkar.

    Bagi penulis, usah kita bercerita ataupun melihat mengenai penipuan harta benda. Hari ini wajar kita melihat penipun kepada dasar perjuangan Pas itu sendiri. Negara Islam telah dibakul sampahkan, kini Negara kebajikan menjadi dasar baru perjuangan Pas. Apa kebajikan yang mereka maksudkan? Adakah kebajikan berbentuk “janji” sepertimana yang berlaku di Kelantan?

    Usahlah kita terpesona dengan “janji” baru Pas hari ini mahu mengkebajikankan Malaysia. Kerajaan sedia ada sudah lama menjaga kebajikan rakyat. Dibawah kepimpinan Perdana Menteri hari ini Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak, pelbagai usaha  telah dilakukan bagi menjaga kepentingan serta kebajikan  rakyat.

    BR1M, Klinik 1Malaysia, TUKAR adalah diantara program yang dilakukan oleh kepimpinan negara hari ini demi menjaga kebajikan rakyat negara ini.

    Usahlah kita meminta apa yang tidak mampu dilakukan oleh kepimpinan negara. Sebelum rakyat sibuk bertanya apa lagi yang mahu dilakukan oleh BN, tolong lihat dahulu apa yang telah dibuat oleh kerajaan diempat negeri yang dipimpin oleh pembangkang untuk rakyat. Berapa banyak rumah kos rendah atau mampu milik dilaksnakan oleh mereka.

    Malah dari maklumat yang penulis terima, kerajaan negeri Selangor telah menaikkan harga cukai pintu dibeberapa kawasan dibawah jajahan mereka. Urus tadbir sebuah negeri pun mereka pun mereka gagal kendalikan, bagaimana pula mahu mentadbir negara.

    Ini belum lagi penulis bukakan apa yang terjadi dinegeri Kedah, kelantan mahupun Pulau Pinang. Rakyat harus menilai sejauh mana keikhlasan pimpinan pembangkang hari ini. Berapa banyak janji pru yang lepas telah mereka kotakan? Usahlah asyik bermain janji wahai pimpinan pembangkang. Janji kamu hanya tinggal janji.

    Artikel disiar pada 28/12/2012 - 7:02 am oleh HUSSIEN HASSAN

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI