Pantai Punggor Dihakis Ombak : Batu Pahat Boleh Tenggelam

    Pantai Punggur merupakan satu-satunya pantai berpasir putih yang terdapat di sebelah Barat Negeri Johor yang menjadi tumpuan pengunjung setempat. Setelah sekian lama meraih perhatian pengunjung yang ingin menyaksikan panorama matahari terbenam, pantai berkenaan berhadapan dengan masalah hakisan yang serius dan menjejaskan keselamatan penduduk sekitarnya.

    Menurut Mohd Hamidin, kesan hakisan berkenaan kian ketara dari sehari ke sehari. Beliau memaklumkan garisan pantai yang dahulunya ratusan meter dari lautan kini semakin menghampiri daratan.

    Hakisan di Pantai Punggur sebelum ini pernah termasuk dalam kajian oleh sekumpulan pakar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dianggarkan kos bagi membina tembok penghalang hakisan melibatkan satu angka yang begitu besar.

    Akan tetapi, pembinaan tembok penghalang hakisan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Batu Pahat beberapa tahun lepas memberi harapan baru kepada pelawat. Menurut beliau, tembok penghalang hakisan berkenaan dibina sepanjang persisiran Pantai Punggur sejauh lebih kurang dua kilometer.

    Kewujudan tembok penghalang berkenaan diharapkan dapat menahan air pasang di pantai tersebut yang ada kalanya mencecah ke paras tiga meter.

    Sudah beberapa kali tembok penghalang hakisan ini dibina, akan tetapi ia runtuh akibat ketahanan yang kurang dan gagal untuk menghalang ombak dari menghakis pantai. Apa yang kami risaukan, dari hari ke sehari hakisan terus berlaku.Sampai bila kami mahu hidup terus dalam ketakutan.

    Saya faham kos untuk membina tembok penghalang hakisan ini memakan kos yang begitu tinggi, tetapi pihak kerajaan wajar mencari alternatif lain bagaimana mahu mengatasi fenomena alam ni agar dapat dihentikan.

    Penulis difahamkan sekiranya hakisan ini terus berlaku,  Batu Pahat berkemungkinan akan tenggelam suatu hari nanti. Mahukah kita melihat Batu Pahat hilang dari peta dunia?

    Kerajaan wajar melihat perkara ini secara lebih serius. Kebimbangan penduduk kampung bukannya mainan tidur. Mereka mempunyai sebab tersendiri untuk merasai ketakutan yang mereka sendiri alami.

    Artikel disiar pada 31/12/2012 - 5:45 am oleh HUSSIEN HASSAN

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI