Apa Yang Berlaku Selepas SPM?

    Apa jadi selepas SPM? Mulalah pelajar-pelajar ini mencari halatuju masing-masing walaupun keputusan SPM belum diumumkan. Ada yang sudah diterima sesetengah institusi pengajian dan industri-industri yang menerima keputusan percubaan SPM pelajar-pelajar ini.

    Setiap institusi pengajian akan mengeluarkan iklan dan menawarkan kursus-kursus dengan mengatakan mereka adalah yang terbaik.

    Setiap institusi mempunyai kekutan tersendiri. Dari segi pentadbiran dan pengurusan. Oleh itu pelajar lepasan SPM harus memilih kursus-kursus yang mampu dibawa semasa meneruskan pelajaran nanti.

    Mereka harus mengenalpasti antara yang terbaik dan sesuai serta yuran yang tidak membebankan. Ini kerana saban hari institusi pengajian tumbuh bagai cendawan namun harus diingat, teliti dahulu institusi tersebut sama ada mereka mendapat pengiktirafan MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) ataupun tidak.

    Sekiranya tidak, sia-sia sahaja belajar sehingga tamat dan sukar mendapat pekerjaan di sektor kerajaan kerana tidak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya.

    Pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi harus mengambil kira faktor bajet,tarikh kursus dan gaya pembelajaran. Perkara ini harus diambilkira kerana akan mempunyai hubungkait dengan pelajaran seperti suasana dan kemudahan institusi itu sendiri.

    Sekiranya pelajar yang mempunyai kekangan bajet tetapi mahu menjadi seorang doktor, pilihan yang terbaik adalah menyambung pengajian ke tingkatan enam.

    Jika tidak cenderung ke bidang akademik, pilihlah kursus yang asas dan mampu dilakukan. Pelajar juga harus menyemak keperluan subjek dengan kursus yang menjadi pilihan supaya hasilnya nanti lebih baik untuk masa depan pelajar itu sendiri.

    Kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi terutamanya kolej swasta amat membimbangkan. Kerana apabila perjanjian telah ditandatangani, namun kursus yang dipilih tidak mendapat pengiktirafan, lebih membahayakan pelajar. Sekiranya pelajar tidak mampu untuk meneruskan pelajaran mereka harus membayar gantirugi kepada institusi tersebut.

    Ibu bapa juga harus memainkan peranan yang penting bagi membimbing anak mereka dari segi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi. Teliti kursus yang ditawarkan selaras dengan pinjaman yang dapat agar memudahkan bayaran balik selepas belajar.

    Selain itu, pelajar-pelajar yang layak bagi mendapatkan biasiswa, mohonlah bagi melanjutkan pengajian agar beban dapat dikurangkan.

    Artikel disiar pada 25/12/2012 - 12:33 pm oleh SGBSELANGOR_NAHAR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI