Gadaikan Maruah Demi Nafsu Wang Semata

    Semakin hari, semakin terasa  haba PRU13. Semakin rancak gerakan-gerakan khususnya dari pihak pembangkang di seluruh negara. Bermacam-macam janji ditaburi. Pelbagai fitnah dilemparkan. Pelbagai  senjata digunakan. Pelbagai cara dan kaedah dilaksanakan agar tampuk pimpinan beralih tangan.

    Apa yang menjadi isu hangat di sesetengah negeri seperti di Borneo adalah dengan memberikan ganjaran berupa wang ringgit kepada pengundi di sesebuah kawasan agar mereka menukar kawasan atau tempat mengundi ke kawasan  lain. Dengan erti kata yang ringkas, ‘membeli undi’.

    Pihak luar ini menjanjikan  bahawa kebajikan mereka yang menukar daerah mengundi ini akan dijaga, dijamin dan diberikan imbuhan tambahan apabila menjelang PRU nanti.

    Besar sangatkah nilai RM200 itu?

    Masalahnya bermula dari peribadi diri sendiri, maruah atau harga diri. Sanggup menggadai harga diri demi wang yang tidak seberapa itu berbanding apa yang telah mereka kecapi selama ini? Dengan alasan ‘miskin’ dan perlukan wang untuk membeli beras, gula, minyak masak dan sebagainya, sanggup menerima suapan? Perkara yang lebih dasyat adalah membawa sanak-saudara bersama agar dapat mengecapi ‘wang atas angin’ tersebut.

    Alasan ini langsung tidak munasabah. Pelbagai bantuan seperti wang ringgit, peralatan, kemahiran, keperluan asas, keperluan harian dan sebagainya  diberikan oleh pihak kerajaan khususnya kepada golongan miskin semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka atas nama  ‘rakyat Malaysia’. Malah bantuan ini bukan sekadar pengundi sahaja atau penyokong kerajaan akan tetapi ianya menyeluruh.

    Mereka amat mengagung-agungkan pihak yang ‘membeli undi’ mereka. Mereka katakan bahawa, ‘orang luar’ sanggup memberikan ‘duit’ sedangkan wakil rakyat sendiri tidak pernah menghulurkan bantuan sedemikian.  Alasan seperti ini terasa amat lucu. Segala kebaikan selama ini mereka lupakan.

    Mereka seolah-olah lupa daratan. Tidak mengenang budi dan tidak tahu bersyukur. Mereka lalai dengan hasutan dan fitnah dari ‘orang luar’ tersebut. Mata mereka dikaburi dengan wang ringgit. Segala apa yang telah kerajaan laksanakan adalah tidak baik. Semua berita tentang kemajuan dan kejayaan Negara adalah tidak benar. Jadi, apa yang benar? Cerita fitnah, yang ditimbulkan oleh anasir-anasir luar itu?

    Kenapa harus terjadi perkara seperti ini? Di mana maruah kita? Nampak sangatkah orang kampung ini miskin dan tidak pernah menerima bantuan kerajaan? Apa tanggungjawab sebahagian pemimpin di peringkat akar umbi? Adakah hanya butakan mata, pekakkan telinga?

    Kita harus fikir dan selesaikan perkara ini sebelum parah. Apabila tiba masanya nanti, jangan pula kita ‘berputih mata’ melihat perkara yang tidak diingini terjadi. Bagi rakyat Malaysia yang merasakan diri tidak pernah menerima bantuan dari pihak kerajaan, kaji balik bermula dari kita atau anak-anak kita lahir sehingga dewasa. Banyak perkara yang kita seharusnya ‘terhutang budi’ dengan kerajaan Barisan Nasional.

    Dengan itu, tanggunjawab digalas di bahu masing-masing. Laksanakan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas dan rela. Jangan disoal atau difikir  apa yang telah kerajaan beri kepada kita. Akan tetapi, persoalkanlah  dan fikirkanlah apa yang telah kita berikan kepada kerajaan selama ini???

    Artikel disiar pada 26/12/2012 - 11:15 am oleh SGB Sabah Lea

    0 Responses to “Gadaikan Maruah Demi Nafsu Wang Semata”

    1. cucu mat salleh says:

      jagalah maruah sebaik-baiknya… jgn mudah terpengaruh dengan hasutan duniawi.

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI