MARA Sasar 500 Usahawan Jutawan Menjelang 2020

Editor: 0a60a4xx | Diterbitkan pada: 3 December 2012
Kategori: BERITA SGB | Add Comment »



Barisan tetamu jemputanYBhg. Datuk Haji Mohd Rosdi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah MARA Malaysia (tiga dari kiri) semasa sesi sidang media.

KOTA KINABALU — Seminar Pembangunan Usahawan Belia telah diadakan sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung GPBB PBS Kali Ke-2 di The Palace Hotel Kota Kinabalu. Seminar ini adalah anjuran bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Cawangan Sabah, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah, dan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan.

Seminar dimulai dengan ceramah seminar usahawan oleh En. Syed Jaafar Bin Syed Harun, Timbalan Pengarah II MARA Sabah dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada belia sekitar Kota Kinabalu. Seramai 150 orang menghadiri seminar tersebut. Banyak input yang berguna diperoleh para peserta khususnya peluang-peluang yang disediakan oleh MARA untuk para usahawan. Selain itu, para peserta juga turut bersoal jawab dengan fasilitator mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan MARA Negeri Sabah.

Ketika sesi temubual bersama media, Datuk Haji Mohd Rosdi Bin Ismail, Timbalan Ketua  Pengarah MARA Malaysia menyatakan bahawa MARA telah menyediakan empat tindakan bersepadu dalam usaha memperbanyakkan lagi usahawan bumiputera iaitu membangunkan modal insan melalui program pembangunan usahawan, meneroka industri-industri baru untuk usahawan, menyediakan premis-premis perniagaan, dan pembiayaan modal pusingan.

Menurut beliau lagi, Sabah merupakan negeri yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain menerima pembiayaan am iaitu sebanyak RM120 juta, manakala bagi pembiayaan SPiKE khusus untuk para kontraktor sebanyak RM112 juta. Sasaran MARA untuk tahun 2020 adalah menjadikan seramai 500 orang usahawan dalam program grooming yang telah  dilaksanakan tercapai dan menjadi usahawan jutawan seterusnya tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia.

En. Abdullah Bin Maini, Usahawan Belia berkongsi ilmu kepada para peserta.

Para peserta juga teruja kerana berpeluang berkongsi ilmu dengan usahawan muda yang berjaya iaitu En. Abdullah Maini. Beliau banyak memberi galakan agar para belia agar berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan sumber lain untuk membantu. Beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau sebelum sampai ke tahap yang selesa.

Salah seorang peserta, Cik Atikah Binti Rosli menyatakan bahawa jika sebelum ini beliau tidak mengetahui akan peranan sebenar MARA, kini beliau sedar bahawa MARA banyak memberikan bimbingan selain pinjaman kewangan kepada para usahawan/peniaga.

Bagi En. Abdul Halleck pula, sesi soal jawab banyak membantu beliau kerana banyak persoalan yang timbul dijawab dengan jelas.

“Jika sebelum ini saya sering mempertikaian kenapa pinjaman di MARA sukar diluluskan, kini saya faham berkenaan prosedur yang perlu dilaksanakan sebelum pinjaman kewangan diluluskan”, ujar beliau.

Antara peserta yang hadir dalam Seminar Usahawan Belia.

Leave a Reply