Karnival Mesra Belia 1Malaysia Pkt. Melaka Dapat Sambutan Hangat

Oleh: 0a60a4xx | 22 May 2012 SUARA ANAK MUDA| Add Comment »



PANTAI PUTERI –  “ Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini! “ Slogan yang paling popular meniti di bibir setiap anak belia sepanjang bulan Mei ini.

Keterujaan anak belia Melaka menyambut hari penghormatan untuk warga belia telah diterjemahkan dalam kemeriahan di Karnival Mesra Belia 1Malaysia yang berjalan selama 3 hari di Dataran Pantai Puteri hujung minggu lalu. Karnival anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia itu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Belia Melaka anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Melaka dan Majlis Gabungan Belia Melaka.

Karnival yang  dilangsungkan dari 18 hingga 20 Mei lepas itu menghidangkan pelbagai aktiviti yang  telah disertai oleh anak belia baik sukan dalaman atau sukan sukan padang. Karnival ini juga mendapat kerjasama yang baik dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang turut sama mengadakan pameran berkenaan program dan produk yang boleh ditawarkan kepada anak belia.

YAB Ketua Menteri Melaka membuat pelepasan larian sejurus merasmikan Hari Belia Melaka

Peserta konvoi dari Stadium Hang Jebat ke Pantai Puteri

Perlawanan persahabatan MGBM vs Veteran Pasukan Malaysia yang berkesudahan kemenangan kepada Veteran Pasukan Malaysia dengan penentuan sepakan penalti 5-4

Pertandingan bola sepak pantai sedang berlangsung.

Datuk Malek Nor beramah mesra dengan anak belia Melaka

Sesi pameran autoshow dan Battle of Sound System

Ribuan anak belia membanjiri Konsert Karnival Mesra Belia untuk menyaksikan persembahan penuh bertenaga dari Kristal, Maya dan Ika Nabila AF

Datuk Jamil Salleh,TKSU KBS bersama Pn. Salmah Aziz,Pengarah JBS Melaka dan Sdr. Azlan Iskandar, Ikon Belia

Henjutan bertenaga dari Johan Tarik Tali, Team Semut Hitam dari Kg. Lapan,Bachang

 

Raja Cabaran Teh Tarik HBN Pkt. Melaka

Aksi mantap dari penggusti lengan dalm pencarian Arm Wrestling Warrior

Aksi mempertahankan diri dari Taekwando Melaka

Pertandingan dam aji. Turut diadakan pertandingan congkak, batu seremban, golek kelereng dan sepakraga bulatan.

Johan Battle of the Band, Rockaholic bersama Datuk TKSU, Pengarah JBS Melaka, Presiden MGBM dan Ikon Belia

Aksi menghiburkan dari Juara Pencarian Bintang Nyanyian Belia, Siti Norhaziqah

Leave a Reply